GALAK BERZAKAT BANTU ASNAF
Program Barakah Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Tahun 2024 terus menjadi insiaitif bagi menyebarluas kepentingan dan menggalakkan masyarakat Islam untuk berzakat bagi membantu golongan asnaf di negeri ini.
MAINJ turut komited untuk memperhebatkan usaha untuk menyampaikan mesej faedah berzakat dengan melaksanakan pelbagai program selain memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan saluran YouTube MAINJ TV bagi tujuan tersebut.
Dengan tema ‘All Eyes On Zakat’, masyarakat Islam diseru untuk memberi perhatian khusus kepada zakat sebagai suatu tanggungjawab lebih luas, bukan sekadar kutipan dana, sebaliknya lambang kasih sayang dan kesepaduan bagi membantu mereka kurang bernasib baik.
Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir menyempurnakan perasmian dan pelancaran Program Barakah Zakat MAINJ Tahun 2024, hari ini.
Pada majlis tersebut, MAINJ turut menyampaikan penghargaan lima agensi yang menunaikan zakat secara potongan gaji tahun ini iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor berjumlah RM27.69 juta diikuti Pelabuhan Tanjung Pelepas (RM2.05 juta), Perbendaharaan Negeri Johor (RM1.80 juta), Malaysia Marine & Heavy Engineering (RM1.73 juta) serta Telekom Malaysia Berhad (RM1.06 juta).
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor