GEMPA BUMI LEMAH DI SEGAMAT, JAUHI STRUKTUR TIDAK KUKUH

METMalaysia melaporkan satu gegaran gempa bumi lemah direkodkan di Johor iaitu daerah Segamat yang turut dirasai di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang. | Foto METMalaysia

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bersama pelbagai agensi berkaitan kini memantau dengan teliti kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.1 magnitud pada jam 6.13 pagi tadi, di kawasan Segamat.

 

Susulan kejadian tersebut, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor juga telah berhubung dengan YBhg. Tuan Haji Mohd Ezzuddin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat bagi mendapatkan perkembangan.

 

Meskipun dimaklumkan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, orang ramai dinasihatkan agar
menjauhi struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.

 

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus membuat pemantauan rapi dan mengeluarkan pemakluman dari semasa ke semasa mengenai kejadian.

 

Menteri Besar Johor turut mengajak seluruh Bangsa Johor untuk bersama menitipkan doa supaya negeri ini dan seluruh negara sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah.

 

Terdahulu, METMalaysia melaporkan satu gegaran gempa bumi lemah direkodkan di Johor iaitu daerah Segamat yang turut dirasai di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang.

 

#GempaBumi
#METMalaysia
#JanganPanik
#PrayForJohor
#DoaUntukJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor