GTTJB BAKAL MEMENTASKAN TEATER DEWATA: CINTA ANTARA TAKHTA

Tiket teater Dewata: Cinta Antara Takhta berdurasi 90 minit kini dijual pada harga RM35 (Gold) dan RM25 (Silver) untuk dua sesi persembahan pada jam 3.00 petang dan 8.30 malam. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Persatuan Gerak Teater Tari Johor Bahru (GTTJB) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Yayasan Warisan Johor dan Tourism Johor selaku rakan strategik bakal mementaskan teater Dewata: Cinta Antara Takhta di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor pada 26 Oktober ini.

 

Teater bertemakan pertarungan antara cinta, kuasa dan pengorbanan dalam istana karya Sang Purba atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ayie, pengarah serta penulis skrip teater dari Johor itu dipentaskan bersempena tiga acara utama iaitu Bulan Bahasa Kebangsaan 2025, Wonderful Nusantara Festival (WNF) 2025 dan Tahun Melawat Johor 2026.

 

Bagi Cikgu Ayie, 51, selaku pengarah teater berkenaan memberitahu pementasan karya itu bertujuan mendedahkan nilai budaya, adat istana dan kelainan bahasa nusantara di mana Dewata: Cinta Antara Takhta turut mendapat sentuhan tenaga pengajar dibawakan khas menerusi kerjasama dengan Konsulat Jenderal Republik Indonesia.

 

Sementara itu, Liyana Mustafa, 41, selaku Puteri Ratna Ayu Anindita, watak utama teater tersebut akui menghadapi cabaran untuk menguasai bahasa Jawa dan Sunda lebih-lebih lagi dialog asli menggunakan bahasa tersebut pada awalnya, namun berjaya mempelajari cara penyampaian dengan baik hasil bimbingan tenaga pengajar.

 

Terdahulu, berlangsungnya sidang media teater Dewata: Cinta Antara Takhta anjuran GTTJB bagi memperkenalkan barisan produksi dan produksi, perkongsian sinopsis cerita serta mempromosikan maklumat berkaitan pementasan di Opero Hotel Southkey, hari ini.

 

Bagi yang berminat untuk menyaksikan teater Dewata: Cinta Antara Takhta berdurasi 90 minit itu boleh mendapatkan tiket pada harga RM35 bagi ‘Gold’ dan RM25 untuk ‘Silver’ berlangsung dua sesi iaitu jam 3.00 petang serta 8.30 malam dengan klik pautan https://www.cloudjoi.com/shows/4132-teater-dewata-cinta-antara-takhta untuk pembelian.

 

#GTTJB
#VisitJohor2026
#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor