HAMPIR 2,000 PESERTA MERIAHKAN KBK25

Antara acara yang berlangsung pada Karnival Berbasikal Kulai 2025 (KBK25). | Foto Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terus memperkukuh amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat menerusi pembangunan berimpak tinggi seperti Kulai Cycling Park yang kini muncul sebagai hab sukan komuniti dan destinasi pelancongan rekreasi terbaharu di negeri ini.

 

Penganjuran Karnival Berbasikal Kulai 2025 (KBK25) di lokasi berkenaan pada hujung minggu lalu, telah berjaya menarik penyertaan hampir 2,000 peserta seterusnya membuktikan potensi besar Kulai sebagai lokasi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.

 

Dengan pertambahan kategori dan aktiviti serta lanjutan tempoh penganjuran berbanding edisi terdahulu, KBK25 turut disertai peserta dari luar negara seperti Jepun, Australia, Filipina, Singapura, Perancis, Thailand, Indonesia, Nepal dan Argentina.

 

Selain itu, penganjuran KBK25 menjadi platform pemerkasaan perpaduan komuniti, promosi gaya hidup sihat dan manifestasi pembangunan bandar pintar serta lestari seperti yang digariskan menerusi agenda #XTifJohor oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

Untuk rekod, Kulai Cycling Park merupakan laman rekreasi berbasikal pertama di Johor mula beroperasi pada 6 Februari 2024 dan dilengkapi pelbagai kemudahan serta trek mencabar yang direka khusus untuk penggemar aktiviti berbasikal.

 

Terdahulu, Majlis Perasmian KBK25 telah dihadiri dan disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.

 

#KBK25
#KulaiCyclingPark
#XTifJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor