INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR TURUT DITUTUP HINGGA 23 OKTOBER

Pelanjutan penutupan itu dimaklumkan menerusi kenyataan media YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, berhubung pengoperasian institusi pendidikan agama di negeri ini susulan keadaan jerebu yang melanda Johor dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin membimbangkan.
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri akan melanjutkan penutupan institusi pendidikan agama di Johor hingga 23 Oktober ini susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara, melibatkan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Bagaimanapun, pengecualian terhad boleh dipertimbangkan bagi peperiksaan tertentu yang tidak dapat ditangguhkan, tertakluk kepada penyelarasan pihak berkuasa dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan, termasuk pemakaian pelitup muka sepanjang peperiksaan berlangsung.
Sepanjang tempoh penutupan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan bagi sekolah agama di bawah JAINJ, manakala operasi serta pelaksanaan PdPR di Institusi Pengajian Islam Swasta (IPIS) tertakluk kepada pertimbangan pihak pengurusan masing-masing dengan mematuhi garis panduan kesihatan yang ditetapkan.
Pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan penjaga diminta mengikuti saluran komunikasi rasmi Kerajaan Negeri dan JAINJ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penutupan, pembukaan semula serta sebarang perubahan arahan.
Terdahulu, pelanjutan penutupan itu dimaklumkan menerusi kenyataan media YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, berhubung pengoperasian institusi pendidikan agama di negeri ini susulan keadaan jerebu yang melanda Johor dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin membimbangkan.
#JohorSafeZone
#Jerebu
#PendidikanIslamJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


