JAMBATAN SUNGAI MASAI KINI MILIKI ‘ROADLINE GLOW IN THE DARK’ PERTAMA DI JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastrukur Negeri Johor, Ir.Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, memberitahu projek inovasi daripada JKR Johor itu sebelum ini terpaksa ditangguhkan sementara sejak 2020 akibat kekangan pandemik Covid-19. | Foto MDJ Bayu Anggara.

 

Oleh Suhana Mohd Ariffin

 

Jambatan Sungai Masai kini berubah wajah apabila Kerajaan Johor dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor selesai melaksanakan kerja menaik taraf dan melebarkan jambatan berkenaan yang turut menjadi laluan alternatif yang menghubungkan Bandaraya Johor Bahru dan Pasir Gudang.

 

Lebih memberangsangkan, jambatan berkenaan turut dilengkapi dengan kemudahan ‘glow in the dark’ yang pertama seumpama itu di negeri ini dengan peruntukkan sebanyak RM10,000.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastrukur Negeri Johor, Ir.Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, memberitahu projek inovasi daripada JKR Johor itu sebelum ini terpaksa ditangguhkan sementara sejak 2020 akibat kekangan pandemik Covid-19 yang akhirnya berjaya siap pada tahun ini dan ia diyakini mampu memberi keselesaan pemanduan kepada pengguna jalan raya di laluan berkenaan selepas ini.

 

Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Timbalan Pengarah JKR Johor, Ir. Zainal Tumian; Penolong Setiausaha Kanan (Pembangunan Wilayah dan Perbandaran), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Mohamad Nafis Abdul Razak; Jurutera JKR Daerah Johor Bahru, Ir. Mohd Zulkarnaain Sulaiman dan kontraktor utama, Mohd Aznor Dzulkarnain Sazali.

 

Pada pembentangan Belanjawan Johor 2024 baru-baru ini, YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi mengumumkan peruntukkan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf kemudahan garis jalan raya menggunakan kaedah ‘glow in the dark’ khusus di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pendawaian elektrik supaya ia dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor