PENGUKUHAN, PEMANTAPAN AKIDAH SAUDARA BAHARU TERUS DILAKSANAKAN


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan bimbingan secara berterusan akan diberikan kepada golongan mualaf dan orang asli beragama Islam. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita dikawal selia Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) terus komited dalam memberi bimbingan keagamaan kepada mualaf dan orang asli beragama Islam seterusnya mempertingkat syiar Islam dan menjaga kebajikan sosioekonomi golongan berkenaan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid ketika menjawab soalan Abdul Aziz Talib (Ahli Dewan Negeri Maharani) memaklumkan pelbagai aktiviti dijalankan oleh JAINJ bersama mualaf melalui program pengukuhan dan pemantapan kefahaman akidah Islam.

 

Untuk rekod, seramai 123 guru pengajar Saudara Kita (mualaf) dilantik oleh JAINJ dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan 30 daripada dilantik dari kalangan mualaf yang telah memeluk Islam lebih 10 tahun terdiri daripada pelbagai bangsa.

 

Bagi Saudara Kita (Orang Asli), terdapat 36 surau Kampung Orang Asli (KOA) dibina bagi melaksanakan Modul Pengajian Islam untuk pemerkasaan akidah masyarakat Orang Asli dengan keseluruhan 22 penggerak terbahagi 14 orang lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan selebihnya latikan MAINJ.

 

Menyedari kekurangan penggerak dan pembantu penggerak ditugaskan menjalankan aktiviti dakwah, JAINJ dan MAINJ melantik 31 guru pengajar orang asli yang dibaar elaun mengikut jumlah kelas, RM60/kelas dan lapan kelas dalam sebulan, bagi melaksanakan aktiviti tersebut.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor