JDT ‘CLEAN SHEET’ LAWAN SABAH


Bergson Da Silva, penjaring terbanyak Liga Super Malaysia 2024/25 setakat 17 perlawanan.

 

#IskandarPuteri – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super Malaysia musim ini selepas mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim.

 

JDT terus mencatatkan rekod 17 perlawanan tanpa kalah sepanjang musim dengan 49 mata, meninggalkan pesaing di tangga kedua jauh di belakang.

 

Gol pertama perlawanan dijaringkan pada minit ke-50, hasil jaringan sepakan percuma cantik Juan Muniz yang membuatkan penjaga gol Sabah FC melihat bola menerjah jaring, sekali gus memberi tonik tambahan kepada skuad Harimau Selatan meneruskan serangan tanpa henti.

 

Juan Muniz sekali lagi menyumbat gol kedua pada minit ke-68 hasil hantaran lintang Heberty. JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74 setelah semakan VAR mengesahkan bola terkena pertahanan Sabah, Park Tae-su.

 

Penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Bergson Da Silva berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Bagi menambah derita pasukan lawan, Bergson sekali lagi menyumbat gol pada minit ke-82 menjadikan keputusan akhir perlawanan 4-0.

 

JDT akan bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk berhadapan dengan pasukan Terengganu FC pada 17 Januari bagi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia.

 

Luaskan Kuasamu Johor!

 

#JDTvSAB
#LigaSuperMalaysia
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor