JMR KEMBALI GEGAR ALMS, MISI TAWAN SEPANG PADA AKSI PEMBUKAAN

Dua Chevrolet Corvette Z06 GT3.R kini mengemudi aksi JMR yang kembali bersaing di Asian Le Mans Series (ALMS) 2025–2026, bermula di Litar Antarabangsa Sepang pada 13 dan 14 Disember ini. | Foto JOHOR Racing

 

#IskandarPuteri – Johor Motorsports Racing (JMR) kembali ke pentas antarabangsa dengan penyertaan lebih besar dalam Asian Le Mans Series (ALMS) 2025-2026 melalui penampilan dua jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R dalam pusingan pembukaan di Litar Antarabangsa Sepang pada 13 dan 14 Disember ini.

 

Penyertaan tersebut menyaksikan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor bergandingan bersama Jordan Love dan Ben Green untuk jentera #99, manakala YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor mengetuai jentera #66 bersama Alexander Sims dan Yasser Shahin bagi saingan yang membabitkan 22 kereta kelas GT dan 48 kereta keseluruhan.

 

Litar Antarabangsa Sepang dijangka memberi kelebihan kepada JMR susulan kejayaan terdahulu Tunku Panglima Johor dan Alexander Sims yang mencatat kemenangan dalam penampilan sulung mereka bersama Corvette di GT World Challenge Asia selain prestasi kukuh pasukan yang turut menamatkan CrowdStrike 24 Hours of Spa serta menaiki podium pada perlumbaan Suzuka 1000.

 

Menjelang perlumbaan ini, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj menzahirkan keterujaan untuk kembali bersaing dalam ALMS dengan sokongan penyokong tempatan sebagai pemangkin pasukan, manakala YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj pula bertekad memanfaatkan musim pertamanya dalam perlumbaan endurance untuk memberikan aksi terbaik buat JMR.

 

Sementara itu, keyakinan sama turut dikongsi barisan pemandu antarabangsa iaitu Alexander Sims, Ben Green, Jordan Love dan Yasser Shahin yang melihat saingan ALMS kali ini sebagai peluang terbaik untuk memburu podium serta mengukuhkan cabaran kejuaraan.

 

Saingan ALMS membuka tirai dengan dua perlumbaan empat jam di Litar Antarabangsa Sepang sebelum bersambung di Dubai Autodrome dan Abu Dhabi awal tahun depan.

 

#JohorSafeZone
#JohorRacing
#JMR
#AsianLeMans
#SukanMDJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor