JMR PERKENAL JENTERA, BARISAN PEMANDU MUSIM 2025

YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor mewakili JMR akan bergandingan dengan Alex Sims, pelumba Britain serta Jordan Love, pelumba Australia. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Johor Motorsports Racing (JMR) secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Chevrolet serta memperkenalkan jentera Corvette Z06 GT3.R dalam ‘livery’ Biru dan Perak yang merupakan ‘signature’ pasukan bagi menghadapi aksi GT3 Musim 2025.
Selain itu, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor mewakili JMR juga akan bergandingan dengan Alex Sims, pelumba Britain serta Jordan Love, pelumba Australia.
JMR pada kali ini berada di bawah naungan Corvette Racing dengan rekod kemenangan dalam 127 perlumbaan termasuk sembilan di 24 Hours of Le Mans dan empat di Rolex 24 di Daytona dari tahun 1999 hingga 2023 yang membawa kepada kejayaan meraih 14 gelaran pengeluar, 15 kejuaraan pemandu serta 16 gelaran pasukan.
Bagi musim 2025, JMR Johor Racing akan bersaing dalam GT World Challenge Asia, International GT Open dan Intercontinental GT Challenge yang menampilkan beberapa perlumbaan terkenal seperti Crowdstrike 24 Hours of Spa di Belgium dan Japan’s 10,000km of Suzuka.
Terdahulu, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Pelancaran JMR Musim 2025 di Permaisuri Raja Zarith Sofiah Opera House.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda berdua, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan YB Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah.
#JMRJohorRacing
#GT3
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor