JMR RAIH KEMENANGAN KEDUA DI THAILAND

Pasukan JMR akan meneruskan cabaran dalam pusingan ketujuh dan kelapan siri GT World Challenge Asia yang berlangsung di Fuji International Speedway, Jepun pada 11 hingga 13 Julai ini. | Foto JOHOR Racing
#IskandarPuteri – Johor Motorsports Racing (JMR) mengukuhkan kedudukan dalam siri GT World Challenge Asia dengan kejayaan Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor meraih kemenangan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.
Menerusi Ben Green, pelumba profesional dari Britain memacu jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, pasukan telah beraksi cemerlang mencatatkan masa terpantas untuk bermula petak pertama di litar sepanjang 4.5 kilometer ketika sesi kelayakan.
Menampilkan persembahan konsisten pada aksi pembukaan, Green menyerahkan tugasan memandu jentera #99 kepada Tunku Abdul Rahman yang akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan sekali gus merangkul kemenangan kedua pada musim ini.
Hasil daripada perlumbaan berkenaan, Tunku Panglima Johor melonjak ke tangga teratas bagi kedudukan keseluruhan pemandu dengan kelebihan 62 mata ketika saingan kini berada di pertengahan musim.
Sementara itu, nasib berbeza menimpa jentera #66 melibatkan gandingan Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim bersama Jordan Love, pelumba dari Australia yang terpaksa menarik diri berikutan masalah brek belakang ketika pertengahan perlumbaan.
JMR seterusnya akan memberikan cabaran dan tentangan dalam pusingan ketujuh dan kelapan siri GT World Challenge Asia yang berlangsung di Fuji International Speedway, Jepun pada 11 hingga 13 Julai nanti.
#SukanMDJ
#JohorMotorsportsRacing
#GTWorldChallengeAsia
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor