JOHOR HASRAT TERUS JADI DESTINASI PELABURAN UTAMA


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) Tahun 2023, tadi. | Foto ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Johor berhasrat terus menjadi destinasi pelaburan utama di rantau ini sekali gus membawa limpahan manfaat kepada Bangsa Johor.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasrat tersebut dibincangkan dan diperhalusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) Tahun 2023.

 

“Menerusi mesyuarat ini juga, pelbagai projek-projek pembangunan dan isu telah dbincangkan. InsyaAllah, saya yakin dengan kesepaduan semua pihak, segala perancangan ini akan dilaksanakan dengan tersusun,” kata beliau dalam Facebook rasminya, pada Ahad.

 

Onn Hafiz turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak berkaitan susulan pencapaian positif pelaburan yang direkodkan oleh negeri ini.

 

“Jutaan terima kasih kepada MITI, MIDA, agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutamanya PBT dan Invest Johor, kerana berjaya meletakkan Johor sebagai negeri tertinggi mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM70.6 bilion.

 

“Selain itu, Johor juga menjadi penyumbang utama kepada nilai perdagangan negara iaitu 30 peratus atau RM247.592 billion bagi tempoh antara Januari hingga April 2023. Tambahan pula, jumlah pelaburan diluluskan untuk suku pertama tahun 2023 ialah RM10.6 bilion,” katanya.

 

Selain itu, beliau mewakili Kerajaan Negeri juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor ke-18, Dato’ Ir. Hasni Mohammad atas pelantikan sebagai Penasihat Ekonomi (Pelaburan) Negeri Johor.

 

“Saya yakin dengan pengalaman dan kebijaksanaan beliau, Johor akan bertambah maju dan terus diyakini pelabur,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor