JOHOR PENERAJU AGENDA KELESTARIAN


YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad menyampaikan ucaptama sempena Seminar Kolaborasi Kemampanan 2024 (GUCI) anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Hotel Sunway Big Box, Iskandar Puteri.

 

Perubahan iklim kini dianggap sebagai masalah global sangat memerlukan tindakan kolektif daripada semua pihak termasuk gemblingan kerjasama agensi berkaitan dengan Kerajaan Negeri bagi menangani fenomena global ini.

 

Bagi memacu dan menjadi peneraju agenda kelestarian di peringkat serantau, Pusat Kelestarian Johor (JSC) menggariskan lima tonggak di dalam agenda ‘Johor Green Deal’ untuk diberi perhatian oleh semua pihak meliputi sistem tenaga, pengangkutan, penggunaan tanah dan air, bandar rendah karbon serta industri.

 

Kelima-lima tonggak berkenaan disifatkan YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi JSC sebagai rangka kerja holistik berpotensi mengangkat agenda kelestarian ke satu tahap lebih tinggi seterusnya menjadikan Johor sebagai negeri yang lestari sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan merancakkan inovasi.

 

Terdahulu, YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad menyampaikan ucaptama sempena Seminar Kolaborasi Kemampanan 2024 (GUCI) anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Hotel Sunway Big Box, Iskandar Puteri.

 

Seminar menghimpunkan wakil pihak kerajaan, universiti, komuniti dan industri itu turut dihadiri YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan YB Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

 

MBIP turut menyatakan komitmen memperkukuh serta menggalakkan budaya kelestarian dalam kalangan masyarakat menerusi siri penganjuran program yang menarik penglibatan peserta bergiat aktif dalam kegiatan berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Korporat (ESG).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor