JOHOR PERKUKUH PERTANIAN DENGAN MOU RM7.4 JUTA DI MAHA 2026

Johor turut memperkenalkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Johor (JARDC) sebagai pusat sehenti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berimpak tinggi bagi menyokong inovasi serta pembangunan sektor pertanian negeri. | Foto FB Md Israk Abdullah
#IskandarPuteri – Sebanyak tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM7.4 juta dimeterai sempena penyertaan Johor di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 sekali gus memperluas kerjasama strategik dalam sektor pertanian dan agromakanan negeri.
Johor turut memperkenalkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Johor (JARDC) sebagai pusat sehenti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berimpak tinggi bagi menyokong inovasi serta pembangunan sektor pertanian negeri.
Penyertaan menerusi Pavilion Johor ini menghimpunkan lebih 50 agensi dan pemain industri dengan mengetengahkan inovasi, teknologi dan produk tempatan selain membuka peluang kerjasama serta pelaburan dalam sektor berkenaan.
MAHA 2026 turut dimanfaatkan sebagai platform untuk pemain industri dan usahawan Johor memperluas jaringan, menembusi pasaran baharu serta meneroka peluang kerjasama dan pelaburan domestik mahupun asing.
Inisiatif berkenaan selari dengan aspirasi Maju Johor 2030 untuk memperkukuh sektor pertanian dan agromakanan sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi negeri di samping mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan keusahawanan.
Pavilion Johor menyasarkan sehingga 200,000 pengunjung sepanjang MAHA 2026 yang berlangsung sehingga 6 September ini, seterusnya memberi pendedahan lebih luas terhadap potensi, produk dan perkembangan sektor pertanian Johor.
Terdahulu, YB Tuan Md Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor menyempurnakan perasmian Pavilion Johor sempena MAHA 2026 di MAEPS, Serdang pada Sabtu.
#JohorSafeZone
#TaniJohor
#JohorFoodSecurity
#PavilionJohor
#MAHA2026
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


