KKJ BAKAL BERPINDAH KE KOMPLEKS JOHOR SKILLS, MANFAATKAN 430 PELAJAR

Pemindahan KKJ ke Kompleks Johor Skills menjadi antara langkah penting Kerajaan Negeri dalam memastikan institusi pendidikan kemahiran negeri terus mempunyai kemudahan serta persekitaran pembelajaran yang lebih bersesuaian dengan perkembangan semasa. | Foto FB Dr. Naqib Ghazali
#IskandarPuteri – Kolej Kemahiran Johor (KKJ) di Kampung Ungku Mohsin bakal melalui proses perpindahan secara berfasa ke lokasi baharu di Kompleks Johor Skills, Kota Tinggi yang dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 430 orang pelajar.
Usaha ini akan membolehkan Kerajaan Johor terus memperkukuh agenda pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) menerusi usaha menyediakan ekosistem pembelajaran yang lebih kondusif, moden dan selari dengan keperluan industri semasa.
Proses perpindahan itu melibatkan pentadbiran KKJ yang dijadualkan bermula pada November 2026, sebelum keseluruhan operasi melibatkan kira-kira 430 orang pelajar dipindahkan pada Januari 2027.
KKJ merupakan salah satu institusi pendidikan TVET di bawah kelolaan Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) yang menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang kemahiran termasuk Automotif dan Kulinari.
Pemindahan KKJ ke Kompleks Johor Skills menjadi antara langkah penting Kerajaan Negeri dalam memastikan institusi pendidikan kemahiran negeri terus mempunyai kemudahan serta persekitaran pembelajaran yang lebih bersesuaian dengan perkembangan semasa.
Terdahulu, YB Tuan Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan kerja ke Kolej Kemahiran Johor (KKJ), Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru, baru-baru ini.
#JohorSafeZone
#KKJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


