JOHOR PERSIAP GENERASI MUDA JAYAKAN AGENDA KELESTARIAN


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, tampil sebagai panel bersama YBrs. Ng Kuai Khai, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru di dalam forum dikendalikan Luqman Md Zim, Presiden Kelab Belia Prihatin Malaysia (Belia Prihatin) pada Majlis Perasmian Pembukaan YSF 2024 di Sunway Hotel Big Box | Foto Nor Nazreen.

 

Kerajaan Johor terus memperkasa agenda kelestarian dengan menjadikan Forum Kemampanan Belia 2024 (YSF 2024) sebagai medan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan proaktif terhadap isu kemampanan dalam kalangan belia.

 

Penganjuran YSF 2024 di Johor juga menterjemah usaha Kerajaan Negeri bagi merangka hala tuju jelas mendepani isu perubahan iklim tanpa melupakan peranan signifikan dimainkan golongan belia bagi bersama menjayakan usaha tersebut.

 

Ia termasuk dengan strategi Kerajaan Negeri dalam merangka pelbagai inisiatif bagi menarik penglibatan belia menerusi penubuhan badan sukarelawan Southern Volunteers yang mengangkat peranan Orang Muda Johor dalam aktiviti kesukarelawanan.

 

Di samping itu, inisiatif konkrit melibatkan program Johor Bersih dimulakan sejak 2022 juga mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk menjadi penyumbang berpengaruh dalam agenda pembangunan mampan di rantau asia tenggara.

 

Seramai 1,453 delegasi belia ASEAN menyertai YSF 2024 akan memainkan peranan penting dalam merangka idea dan dasar untuk dibawa ke Conference of the Partieske-29 (COP-29) di Baku, Azerbaijan pada November tahun ini.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, tampil sebagai panel bersama YBrs. Ng Kuai Khai, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru di dalam forum dikendalikan Luqman Md Zim, Presiden Kelab Belia Prihatin Malaysia (Belia Prihatin) pada Majlis Perasmian Pembukaan YSF 2024 di Sunway Hotel Big Box.

 

Hadir sama, YB Nik Azmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar; YB Dato’ Ir. Hasni Mohamad, Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC) dan YBhg. Dato’ Idzham Mohd Hashim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor