JOHOR SEDIA ANJUR ACARA SUKAN ANTARABANGSA TAHUN 2024


Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Ts. Ekmaluddin Ishak memaklumkan acara berbasikal dan larian merupakan antara jenis sukan bakal dianjurkan dengan penyertaan dari dalam dan luar negara. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) sudah memiliki perancangan tersendiri untuk menyahut hasrat Kerajaan Negeri bagi menganjurkan acara bertaraf antarabangsa sepanjang tahun hadapan.

 

Pengarahnya, Ts. Ekmaluddin Ishak memaklumkan acara berbasikal dan larian merupakan antara jenis sukan bakal dianjurkan dengan penyertaan dari dalam dan luar negara.

 

Beliau percaya penganjuran sukan antarabangsa berupaya mengangkat Johor dikenali sebagai ‘Sports Powerhouse’ seiring dengan Pelan Induk Sukan Johor 2030.

 

Selain itu, MSNJ sentiasa memberikan sokongan kepada atlet Johor termasuk mereka yang diserap masuk ke dalam program elit ‘Road To Gold’ (RTG) untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.

 

Seramai tiga atlet kelahiran Johor tersenarai dalam RTG iaitu pemain badminton, Ng Tze Yong, atlet berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor