AMARAN HUJAN TAHAP WASPADA 18 DISEMBER INI


Amaran yang dikeluarkan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka berlaku pada 18 hingga 21 Disember ini.

 

Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri mahupun Daerah disarankan untuk diaktifkan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

 

Selain itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri mahupun Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilengkapi keperluan asas manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pula mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi dan berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

 

NADMA menerusi Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi, serta dalam kesiapsiagaan menerima maklumat, bantuan pengurusan dan pengoperasian dari masa ke masa.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor