JOJ DUN SEROM BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP RAKYAT

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor telah merasmikan Karnival JOJ DUN Serom 2025 dan Sambutan Hari Wanita yang berlangsung di Dataran Pulau Penarik, Sungai Mati, Tangkak. | Foto MDJ Wira Anggara
#Tangkak – Bukan hanya menjadi platform penghubung ukhwah antara kerajaan dan masyarakat tetapi Karnival Jelajah Orang Johor (JOJ) bagi kawasan Dewan Negeri (DUN) Serom turut menjadi bukti dedikasi Kerajaan Negeri Johor dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya dari aspek pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat.
Keprihatinan itu terserlah apabila
Karnival JOJ DUN Serom 2025 yang diraikan bersama Sambutan Hari Wanita turut menampilkan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri termasuk penyampaian bantuan seperti sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada DUN berkenaan berjumlah RM297,635 dan peruntukan baik pulih dua Tabika KEMAS iaitu di Kampung Kesang Laut dan Taman Suria dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM50,000.
Selain itu, turut disalurkan ialah inisiatif Bantuan Bilik Guru Sekolah-Sekolah DUN Serom bernilai RM140,000; Insentif Mahasiswa
Johor (RM22,000) dan Bantuan Mahasiswa Anak Johor (RM39,200) daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
Antara insiatif lain yang turut disalurkan pada Karnival JOJ DUN Serom 2025 ialah Bantuan Anak Angkat Makmur Johor bernilai RM106,800 yang akan memanfaatkan 89 penerima serta Bantuan Peralatan Asas Perniagaan 2025 berjumlah RM72,000.
Sementara itu, YB Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Serom, memberitahu peruntukan tambahan sebanyak RM209 juta yang merangkumi 42 inisiatif baharu yang diumumkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, baru-baru ini jelas membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat, sekali gus mampu meringankan beban mereka dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor telah merasmikan Karnival JOJ DUN Serom 2025 dan Sambutan Hari Wanita yang berlangsung di Dataran Pulau Penarik, Sungai Mati, Tangkak.
Turut hadir ialah YBhg. Tuan Haji Ts. Mohd Johari Tarmidi, Pegawai Daerah Tangkak; YBhg. Tuan Haji Mohd Nazid Jasiman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak dan YBrs Puan Noor Faezah Md Esa, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).
#JohorSafeZone
#JOJDunSerom
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor