JPNJ ANJUR PROGRAM BERIMPAK TINGGI TINGKAT KEBOLEHPASARAN MBPK

Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bakal menganjurkan beberapa program berimpak tinggi tahun ini bagi meningkatkan kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas. | Foto Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)
#IskandarPuteri – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) terus komited meningkatkan kebolehpasaran dan mengukuhkan perpaduan antara Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan pendidik, industri serta komuniti.
Komitmen berkenaan akan diterjemahkan melalui penganjuran pelbagai program berimpak tinggi oleh Sektor Pendidikan Khas (SPK) sepanjang tahun ini seperti Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor (KOIKJ).
Berlangsung pada 29 dan 30 April ini di Toppen Shopping Centre, pelbagai acara menarik bakal diadakan sempena KOIKJ 2025 seperti pertandingan nasyid dan nyanyian solo, aerodance serta program komuniti yang menyemarakkan sambutan Syawal dan mengetengahkan bakat istimewa MBPK.
Selain itu, Karnival Bakat Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor juga bakal dianjurkan pada Jun di samping Johor akan menjadi tuan rumah Karnival Kebolehpasaran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2025 dijadualkan berlangsung pada Julai dan September ini.
Kesemua inisiatif berkenaan memperkukuh kebolehpasaran MBPK dan membina masyarakat lebih inklusif serta meraikan keupayaan semua golongan sekali gus memartabatkan pendidikan khas sebagai teras pembangunan insan.
Pada masa sama, inisiatif tersebut juga menterjamahkan usaha Kerajaan Negeri menerusi JPNJ dalam memperluas kerjasama bersama pemain industri dan institusi strategik demi masa depan Johor yang lebih harmoni dan sejahtera.
#PendidikanKhas
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor