JTDC, 42 ISKANDAR PUTERI PERHEBAT PEMBANGUNAN BAKAT DIGITAL

42 Iskandar Puteri, salah satu kampus pengkodan tanpa yuran terbesar di dunia. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Usaha Kerajaan Negeri memperkasa pembangunan bakat digital di negeri ini terus diperhebatkan menerusi kerjasama strategik antara Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dengan 42 Iskandar Puteri, salah satu kampus pengkodan tanpa yuran terbesar di dunia.
Jalinan kerjasama berkenaan menjadi satu lagi inisiatif penting dalam menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dan digital.
42 Iskandar Puteri mengetengahkan model pendidikan unik tanpa guru dan bilik darjah selain pelajar dilatih melalui pendekatan pembelajaran kendiri serta berasaskan projek sebenar industri sekali gus membina daya pemikiran kritis, kreativiti dan kemahiran sebenar dunia digital.
Pendekatan pendidikan bersahaja dan bebas 42 Iskandar Puteri berjaya menarik perhatian JTDC dengan melihat potensi besar dalam memperluas akses pendidikan teknologi berkualiti khususnya kepada anak Johor dari pelbagai latar belakang sosioekonomi.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir ke sesi perbincangan strategik antara JTDC dan 42 Iskandar Puteri bagi menyelaraskan potensi kolaborasi ke arah pembangunan ekosistem bakat digital di Negeri Johor.
#WTN
#JTDC
#42IskandarPuteri
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor