KEJOHANAN TINJU ‘GOLDEN GLOVES’ 2024 BUKA TIRAI


Kejohanan Tinju Golden Gloves 2024 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri bermula 26 Febuari sehingga 2 Mac. | Foto MDJ Nurina Aisyah

Kejohanan Tinju Golden Gloves 2024 membuka tirai dengan lakaran sejarah tersendiri apabila Negeri Johor menjadi tuan rumah dan menerima penyertaan 233 petinju dari seluruh negara berhimpun di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri bermula 26 Febuari sehingga 2 Mac ini.

 

Istimewanya kejohanan anjuran Persatuan Tinju Negeri Johor dengan Kerjasama Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) turut menampilkan skuad tinju dari negara jiran, Singapura dan Indonesia bagi merebut gelaran dan dimahkotakan sebagai juara.

 

Orang ramai terutama peminat sukan tinju diajak untuk hadir memeriahkan dan menyaksikan aksi pertarungan sebenar daripada petinju-petinju hebat sepanjang enam hari kejohanan penuh prestij berlangsung. Masuk adalah percuma dan cabutan bertuah menanti anda.

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menyempurnakan pembukaan dan perasmian Kejohanan Tinju Golden Gloves 2024 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor