INFORMASI PELANCONGAN JOHOR BAHRU KINI DI HUJUNG JARI


YB Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merasmikan aplikasi JBQR sebagai platform ekosistem pelancongan digital Negeri Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kedudukan strategik terletak berhampiran dengan negara jiran, Singapura selain menerima kehadiran pengunjung tertinggi menjadikan Johor Bahru sebagai bandar raya kedua melancarkan produk pelancongan terbaharu iaitu JBQR selepas Kuala Lumpur.

 

Inisiatif platform ekosistem pelancongan digital yang memberikan keterujaan kepada warga bandar raya serta pelancong itu menampilkan 13 lokasi tarikan di Johor Bahru dan telah berjaya mengumpulkan 8,000 pengikut dalam masa dua bulan sekali gus akan diperluaskan ke daerah lain di negeri ini.

 

Malah produk JBQR yang membolehkan orang ramai memuat naik maklumat setiap lokasi tarikan dan dilengkapi dengan navigasi itu juga dijangka mampu melonjakkan sektor pelancongan, pekerjaan dan ekonomi setempat menerusi platform komuniti disediakan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor