JOHOR SERIUS PANTAU PROJEK BERIMPAK TINGGI

Projek infratruktur berimpak tinggi melibatkan kerja menaik taraf Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) daripada dua lorong kepada empat lorong. | Foto Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus komited memantau rapi projek infastruktur berimpak tinggi supaya dapat dilaksanakan dan siap mengikut jadual sekali gus memberi manfaat secara langsung serta memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
Antara projek yang menjadi tumpuan adalah menaik taraf Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) kepada empat lorong bernilai RM129 juta yang menunjukkan perkembangan positif apabila kemajuannya telah mencapai 15.03 peratus lebih awal berbanding jadual asal.
Melibatkan jajaran sepanjang 9.34 kilometer dan dijangka siap sepenuhnya sebelum April 2027, projek itu merangkumi laluan dari Jambatan Sungai Johor hingga ke Jambatan Sungai Semenchu selain pembinaan jambatan baharu termasuk jambatan kedua Sungai Layau.
Untuk fasa kedua projek berkenaan pula, Kerajaan Negeri sudah mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan yang kini berada dalam pertimbangan dan perbincangan di peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR).
Merekodkan lebih 11.5 juta kenderaan sepanjang tahun lalu bersamaan purata 31,000 pengguna sehari, laluan strategik menghubungkan Senai dan Desaru itu akan menjadi lebih selamat dan selesa kepada pengguna serta merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Johor.
Selain itu, projek utama lain turut diberikan perhatian serius adalah tebatan banjir Bandar Batu Pahat bernilai RM187 juta yang kini dalam fasa reka bentuk dan dijangka siap dalam tempoh 60 bulan melibatkan gerak kerja sepanjang 50 kilometer.
Projek berkenaan merangkumi jajaran Sungai Batu Pahat, Sungai Simpang Kanan dan Sungai Simpang Kiri termasuk pembinaan benteng tanah, dinding banjir dan kolam tadahan selain kerja-kerja mendalamkan sungai.
Pelaksanaan projek itu bakal memanfaatkan lebih 19,000 penduduk di sekitar Bandar Batu Pahat, Peserai, Tongkang Pechah, Sri Gading, Parit Sulong dan Bukit Inas seterusnya melindungi kediaman, premis perniagaan, kebun serta ladang daripada risiko banjir.
#SenaiDesaruExpressway
#TebatanBanjir
#InfrastrukturJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor