KERAJAAN NEGERI DENGAR ADUAN, KELUHAN RAKYAT


Laluan FT03 Kota Tinggi – Johor Bahru.

 

Prihatin dengan aduan dan keluhan pengguna laluan FT03 Kota Tinggi – Johor Bahru kerana terpaksa yang terpaksa mengharungi kesesakan akibat kerja-kerja membaiki jalan, Kerajaan Negeri telah mengarahkan baki 40 kerja yang masih belum bermula dihentikan dahulu perancangan kerja.

 

Melibatkan 40 lokasi, kesemua baki kerja itu perlu dirancang semula dari segi semua aspek termasuk laluan alternatif, waktu kerja, tempoh kerja serta pengurusan trafik yang sempurna, jelas YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor.

 

Bagi memastikan jalan Kota Tinggi – Johor Bahru berada dalam keadaan baik, terdapat 46 kerja pembaikan keseluruhan yang dirancang melibatkan jarak 1.3 kilometer di sepanjang laluan berkenaan dan sebanyak enam daripadanya telah siap dilaksanakan termasuk satu lokasi yang siap awal pagi tadi.

 

Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk meningkatkan keselamatan dan memberikan keselesaan kepada pengguna pada masa akan datang dengan melaksanakan kerja pembaikan jalan di negeri ini, termasuklah laluan FT03 Kota Tinggi – Johor Bahru yang juga merupakan jalan persekutuan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor