KERAJAAN NEGERI KOMITED PASTIKAN WANITA JOHOR DAPAT AKSES SOKONGAN DIPERLUKAN

YAD Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor selaku wakil rasmi Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor merangkap isteri kepada YAB Menteri Besar Johor diiringi YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor menyempurnakan perasmian sambutan Hari Wanita Tahun 2025 Peringkat Negeri Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Kerajaan Negeri mengambil langkah menyeluruh memperuntukkan RM351 juta menerusi 16 inisiatif utama untuk wanita dan keluarga dalam Belanjawan Johor 2025 bagi memastikan golongan tersebut mendapat akses kepada sokongan diperlukan.

 

Antara inisiatif berkenaan adalah bantuan kewangan bulanan dan am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan RM321.8 juta, naik taraf Rumah Pesona Johor (RM3.4 juta), Program Anak Angkat Makmur Johor (RM1.8 juta) serta Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita (RM1.5 juta).

 

Selain itu, Program Kembara Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor dengan peruntukan RM1 juta, Program Mobiliti OKU Wanita dan Latihan Kemahiran (RM600,000), pembangunan Jauhar Child Care Centre (RM400,000), Program Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (RM300,000) serta pelbagai inisiatif lain yang menyentuh TASKA, advokasi dan latihan keusahawanan.

 

Kesemua inisiatif daripada Kerajaan Negeri itu menterjemahkan pendekatan menyeluruh yang menyokong wanita di semua peringkat umur dan latar belakang merentasi isu ekonomi, kesihatan, pendidikan serta sosial sejajar agenda Maju Johor dengan aspirasi bukan sahaja membangunkan negeri malah insan bermaruah.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyanjung tinggi perjuangan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan seluruh Keluarga DiRaja Johor yang sejak sekian lama menjadi pelindung serta pembela isu-isu menyentuh wanita, kanak-kanak serta institusi kekeluargaan.

 

Terdahulu, YAD Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor selaku wakil rasmi Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor merangkap isteri kepada YAB Menteri Besar Johor diiringi YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor menyempurnakan perasmian sambutan Hari Wanita Tahun 2025 Peringkat Negeri Johor.

 

Turut hadir, YBhg. Puan Noor Faezah Md. Esa, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), YBrs. Encik Ahmad Hashim Selamat, Pengarah JKM Negeri Johor serta YBrs. Puan Izlin Idris, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor.

 

#YPKDT
#HariWanita2025
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor