KKPG SERLAH POTENSI PELAJAR BIDANG KECANTIKAN

Penuntut Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) pada Karnival Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#PasirGudang – Kemahiran diraih daripada Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) yang memfokuskan kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi pendekatan secara praktikal membantu menyerlahkan potensi pelajar dalam bidang kecantikan dan spa serta dandanan rambut.
Nurshafawani Abdul Hamid selaku Pengajar Dandanan Rambut memaklumkan bidang itu bukan sahaja meningkatkan kemahiran pelajar malah turut membina keyakinan diri, kreativiti dan membuka peluang menjana pendapatan.
KKPG yang menyertai pameran sempena Karnival Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang menjadi platform mengetengahkan potensi pelajar Terapi Kecantikan dan Spa serta Dandanan Rambut selain peluang mengaplikasikan kemahiran dipelajari.
Sementara itu, Siti Nur Atiqah Azhar, 19, pelajar semester 2 Terapi Kecantikan dan Spa memberitahu bidang itu memberi peluang kepadanya mempelajari kemahiran berkenaan lebih-lebih lagi potensi besar membina kerjaya dalam industri melibatkan bidang kecantikan.
Manakala, Ahmad Daniel Haiqal Ismail, 19 turut berkongsi bahawa minatnya yang mendalam terhadap dandanan rambut telah mendorong untuk memasuki KKPG bagi mengasah bakat dan mempelajari pelbagai teknik potongan, penggayaan serta penjagaan rambut secara profesional.
#TMIYCPG
#TVET
#KolejKomunitiPasirGudang
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor