KOMITMEN KERAJAAN NEGERI ATASI KESESAKAN GREATER JOHOR BAHRU

YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor menjawab soalan YB Datuk Ramlee Bohani Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Kempas mengenai langkah diambil kerajaan bagi menangani isu kesesakan di Johor Bahru pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri komited menangani kesesakan trafik di kawasan Greater Johor Bahru melalui Pelan Induk Penyuraian Trafik yang telah dirangka bagi mengatasi isu berkenaan secara menyeluruh dan mampan.

 

Pelan yang merangkumi semua jabatan dan agensi berkaitan itu bagi penyuraian trafik, penaiktarafan infrastruktur jalan raya dan pengukuhan sistem pengangkutan awam termasuk pelaksanaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) serta perancangan Autonomous Rapid Transit Bertingkat (E-ART).

 

Jawatankuasa Khas Penyuraian Trafik Greater Johor Bahru juga telah ditubuhkan untuk mengenal pasti kawasan tumpuan kesesakan dan merangka pelan penyuraian trafik di mana sebanyak 77 ‘hotspot’ dikenal pasti dengan lebih 20 daripadanya sudah diambil tindakan.

 

Kerajaan Negeri turut menghantar 18 cadangan projek kepada pihak Perkhidmatan Perunding Bagi Kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) untuk diteliti keutamaannya sebelum kelulusan diberikan bagi penaiktarafan infrastruktur jalan raya secara berfasa.

 

Selain itu, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan untuk mengatasi kesesakan bandar raya Johor Bahru seperti RTS Link Johor Bahru-Singapura, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), E-ART, peningkatan MyBAS Johor Bahru dan Bas Muafakat Johor (BMJ), perancangan keretapi antara bandar serta pengoperasian semula perkhidmatan kargo Kempas Baru – Pasir Gudang.

 

Terdahulu, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor menjawab soalan YB Datuk Ramlee Bohani Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Kempas mengenai langkah diambil kerajaan bagi menangani isu kesesakan di Johor Bahru pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

 

#WTN
#DewanNegeriJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor