KOTA TINGGI DAERAH KEDUA DILANDA BANJIR KILAT SELEPAS SEGAMAT


Tinjauan ke atas keluarga dan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Al-Barakah | Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

 

ISKANDAR PUTERI — Kota Tinggi menjadi daerah kedua di negeri ini, dilanda banjir kilat dengan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka pada 10 malam semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu laporan memaklumkan sebanyak 18 keluarga melibatkan 72 mangsa terjejas di Kota Tinggi dari Kampung Sri Jaya dan Kampung Sri Delima ditempatkan di PPS Dewan Al-Barakah.

Sebelum ini, dua PPS di Segamat dibuka iaitu Balairaya Kampung Batu Badak dan Balairaya Kampung Kuala Paya masing-masing jam 8 pagi dan 2 petang semalam.

Kedua-dua PPS tersebut bagi menempatkan enam keluarga terdiri daripada 21 mangsa dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya.

Keseluruhan yang terlibat dalam banjir kilat bagi Segamat dan Kota Tinggi adalah 93 mangsa daripada 24 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Dimaklumkan kejadian banjir kilat berlaku disebabkan oleh limpahan air sungai semalam, yang menyebabkan beberapa rumah dinaiki air.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor