LARANGAN MENERBANGKAN DRON SEPANJANG PRU
ISKANDAR PUTERI — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) 15 berlangsung.
Dalam kenyataannya kepada media berkata, ia merangkumi lokasi tumpuan ramai seperti Pusat Penamaan Calon dan Pusat Pembuangan Undi serta premis yang terbabit dalam proses pilihan raya.
Larangan ini juga termasuklah ketika tiga tarikh penting sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Hari Penamaan calon pada hari ini, 15 November (Hari Mengundi Awal) dan Hari Pengundian pada 19 November ini.
Larangan sama turut termaktub sepanjang 14 hari tempoh berkempen yang bermula sejurus Hari Penamaan Calon dilaksanakan hari ini.
CAAM menegaskan larangan ini dilakukan bagi memastikan kelancaran PRU 15, selain mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini terutama membabitkan aspek keselamatan orang ramai khususnya pengundi.
CAAM mengingatkan bahawa semua aktiviti pengendalian dron di negara ini adalah tertakluk mengikut Seksyen 4, Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98 dan Peraturan 104-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 20160 dan Civil Aviation Directives (CADs).
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor