LEBIH RM34 JUTA PEMBIAYAAN DILULUSKAN TEKUN NASIONAL JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah hadir ke Pejabat TEKUN Nasional Negeri Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — TEKUN Nasional Negeri Johor meluluskan pembiayaan berjumlah RM34.8 juta melibatkan 2,172 peminjam dalam tempoh Januari hingga April lalu.

 

Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah selepas dimaklumkan oleh Pengurus TEKUN Nasional Negeri Johor, Mohd Shah Mohd Ariff.

 

Beliau berkata, produk TEKUN Niaga merekodkan jumlah kelulusan pembiayaan tertinggi iaitu sebanyak RM16.038 juta membabitkan 849 peminjam.

 

“Diikuti KONTRAK-i sebanyak RM8.134 juta untuk 92 peminjam, TEMAN TEKUN 2.0 (RM5.98 juta – 848 peminjam); Program Khas (RM2.371 juta – 193 peminjam); TEKUN SPUMI (RM1.987 juta – 121 peminjam); PLUS (RM332,000.00 – 68 peminjam) dan Pembangunan Usahawan (RM5,000.00 – seorang peminjam).

 

“Jumlah ini satu jumlah besar dan saya juga meminta pihak TEKUN Johor memperincikan kelulusan pembiayaan ini mengikut pecahan setiap Parlimen dan DUN bagi membolehkan penyaluran maklumat dapat dibuat dengan lebih jelas khususnya kepada setiap Wakil Rakyat,” katanya menerusi Facebook rasminya, semalam.

 

Mohd Hairi turut berkeyakinan dengan keupayaan TEKUN Nasional dalam membantu usahawan-usahawan di negeri ini, mendapatkan suntikan modal atau membantu perniagaan dijalankan.

 

“Saya juga sempat bertemu dengan kakitangan TEKUN Johor dan menyatakan komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk membantu usahawan-usahawan khususnya di peringkat mikro, kecil dan sederhana bagi terus berjaya,” katanya.

 

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah wakil TEKUN Nasional Cawangan Johor Bahru, Farizatulazwan Haron.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor