MBJB, AGENSI TEKNIKAL PERKASA INISIATIF JOHOR FAST LANE


Pelaksanaan inisiatif Johor Fast Lane melibatkan 12 agensi di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama 12 agensi teknikal sebagai usaha untuk memperkukuh dan memantapkan pelaksanaan inisiatif Johor Fast Lane di kawasan pentadbirannya.

 

Johor Fast Lane yang secara rasminya telah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2023 merupakan inisiatif memudahcarakan pelabur bagi pelbagai jenis pembangunan menerusi tindakan seperti mempercepatkan proses urusan pelesenan, dokumentasi dan permohonan.

 

Terdapat enam inisiatif ditawarkan kepada pelabur melalui Johor Fast Lane iaitu penyelarasan awal teknikal, kelulusan secara serentak, kebenaran masuk tapak awal, permohonan lesen awal, pemasangan mesin awal serta penjimatan masa dan kos.

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB menyempurnakan upacara menandatangani MoU bersama 12 agensi teknikal terlibat sebagai rakan strategik Johor Fast Lane di Menara MBJB.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor