MDM TERIMA 3 ANUGERAH SEMPENA KONVENSYEN PBT 2023


Pasukan Majlis Daerah Mersing (MDM) sewaktu menerima anugerah sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2023 / Sumber Foto Facebook My Mersing.

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Daerah Mersing (MDM) meraih pengiktirafan membanggakan selepas menerima tiga anugerah sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2023.

 

Hadir menerima pengiktirafan tersebut adalah Yang Dipertua MDM, Mohd Norman Noh yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

 

Tiga anugerah yang diterima adalah Anugerah PBT Terbaik kategori Majlis Daerah Peringkat PBT Malaysia bagi kriteria Perkhidmatan Teras ; Sistem Penarafan 5 Bintang PBT Tahun 2022 serta Anugerah Inovasi MALA 2.0 Piala YB Menteri KPKT 2022 – 2023.

 

MDM menerusi halaman Facebook rasminya, MY Mersing memaklumkan kejayaan berkenaan merupakan hadiah kepada seluruh warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.

 

“Semoga ianya menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja MDM agar lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Terima kasih juga atas sokongan daripada anda semua.

 

“Tahniah semua, diharapkan kita mampu kekalkan prestasi cemerlang ini dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” kata MDM menerusi siaran dimuatnaik dalam MY Mersing.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor