NOSTALGIA SEDIAKAN ‘TANG YUAN’ BERSAMA KELUARGA

YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Kehadiran Tahun Baharu Cina menjadi perayaan penuh nostalgia dan tradisi kepada masyarakat Tiong Hua di Negeri Johor dan negara ini, seterusnya diraikan dalam suasana gembira agar kemeriahan sambutan berkekalan terutama untuk generasi muda.
Salah satu aktiviti amat dirindui oleh YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor adalah menyediakan kuih tradisional ‘Tang Yuan’ iaitu sejenis bebola pulut yang melambangkan kesatuan dan keharmonian keluarga.
Mengimbau semula kenangan manis meraikan sambutan tahun baharu, beliau bersama mendiang nenek dan ahli keluarga akan mengunjungi tokong lama di Chamek bagi menyaksikan persembahan bunga api selain berkunjung ke rumah jiran tetangga.
Meskipun kini bergelar Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Paloh, Ting Han tetap menyambut perayaan berkenaan di kampung halaman sebelum menghadiri majlis rumah terbuka anjuran masyarakat, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu, beliau optimis Negeri Johor memiliki potensi dan masa depan cerah untuk menikmati perubahan besar menerusi pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) yang akan membawa impak signifikan kepada pembangunan negeri.
Ting Han turut merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh Bangsa Johor dengan harapan kehadiran tahun baharu membawa kebahagiaan dan kemakmuran dalam usaha membina Johor sebagai negeri maju serta harmoni.
#GongXiFaCai
#TahunBaharuCina2025
#XinNienKuaiLe
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor