PANGSAPURI KENARI MENJADI CONTOH BANGSA JOHOR BAHAGIA


Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Dato’ Mohd Haffiz Ahmad hari ini meninjau keadaan terkini Pangsapuri Kenari Kangkar Pulai, Iskandar Puteri. – Foto MDJ / Nurina Aisyah

Menteri Besar, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad hari ini melakukan lawatan ke Pangsapuri Kenari Kangkar Pulai, Iskandar Puteri.

Tinjauan itu dilakukan bagi melihat sendiri perkembangan terkini pangsapuri tersebut yang telah siap dibaik pulih selain pembinaan Perpustakaan Komuniti Bangsa Johor Bahagia (BJB) dan Laman Ceria Komuniti Kenanga.

Sebelum ini, kerja baik pulih perumahan strata berkenaan mendapat pembiayaan sebanyak RM7 juta daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi menampung kos kerja mengecat semula pangsapuri, baik pulih jalan raya, pembinaan perpustakaan komuniti dan penanaman tanaman kebun untuk komuniti pangsapuri tersebut.

Untuk rekod, Pangsapuri Kenari ini juga pernah memenangi Anugerah Kejiranan Hijau daripada PLAN Malaysia.

 

#BangsaJohor #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor