PEJABAT OPERASI JTDC SIAP 99 PERATUS

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bersama YBhg. Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor meninjau perkembangan pejabat JTDC di Medini 9. | Foto Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bakal beroperasi di pejabat sendiri tidak lama lagi dengan persiapan pejabat terletak di Medini 9, berjalan lancar mengikut jadual dan kini sudah mencapai tahap 99 peratus.

 

Menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan dan merapatkan jurang antara institusi pendidikan serta pihak industri, persediaan pejabat itu berada di fasa akhir melibatkan pemasangan peralatan dan fasiliti.

 

Pejabat JTDC akan memacu Johor menjadi negeri yang melahirkan bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan fungsi sebagai hab utama pelaksanaan pelbagai program pembangunan bakat yang bersifat inklusif dan berimpak tinggi.

 

Antaranya fungsi pejabat selain pentadbiran adalah menyediakan tempat menganjurkan sesi taklimat, bengkel kemahiran dan program kolaboratif bersama institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah serta pemain industri.

 

Kewujudan pejabat berkenaan bukan sahaja akan memperkukuhkan lagi keupayaan JTDC malah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekosistem bakat Johor yang mampan, bersedia dan berdaya saing di peringkat serantau.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bersama YBhg. Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor meninjau perkembangan pejabat JTDC di Medini 9, semalam.

 

#JTDC
#GajiPremium
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor