PELANCARAN LALUAN RASMI OCBC CYCLE JOHOR BAHRU 2025

YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBJB melancarkan laluan rasmi OCBC Cycle Johor Bahru 2025 yang juga acara kayuhan beramai-ramai berskala besar di pusat bandar raya Johor Bahru. | Foto FB Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Oleh: NUREEN NATASYA NOOR HASHAIRUL
#IskandarPuteri – Peminat sukan berbasikal di Johor kini berpeluang untuk menyertai acara kayuhan berprestij apabila edisi sulung OCBC Cyle Johor Bahru 2025 yang bakal berlangsung pada 14 Disember ini.
OCBC Cycle JB 2025 ini bakal menawarkan empat kategori kayuhan, iaitu Kayuhan 42 kilometer (KM), Kayuhan 21 KM, Kayuhan Datuk Bandar JB serta Basikal Tolak Kanak-Kanak bagi peserta berumur tiga hingga sembilan tahun, selain ia juga berjaya menarik penyertaan daripada peserta tempatan dan juga pengayuh dari 14 negara luar, sekali gus mampu mengangkat bandar raya Johor Bahru sebagai pusat tumpuan sukan dan pelancongan.
Bagi memastikan penganjuran acara yang dapat memberi impak yang positif, OCBC Cycle JB 2025 turut memberi penekanan terhadap aspek kelestarian melalui pelaksanaan inisiatif hijau seperti pengurangan penggunaan plastik dalam kit peserta, penggunaan bahan mesra alam serta penyediaan tong kitar semula bagi sisa organik seperti kulit pisang untuk tujuan pengkomposan.
Terdahulu YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBJB melancarkan laluan rasmi OCBC Cycle Johor Bahru 2025 yang juga acara kayuhan beramai-ramai berskala besar di pusat bandar raya Johor Bahru.
Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai laluan dan jadual program boleh melayari laman rasmi OCBC Cycle JB 2025 di laman sesawang www.ocbccyclejb.com
#JohorSafeZone
#OCBCCycleJB2025
#OCBCMalaysia
#MultigreenEvents
#MajlisBandarayaJohorBahru
#MBJB
#PDRM
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


