PELARASAN TEKNIKAL TIGA LRA PASTIKAN BEKALAN STABIL

LRA Sembrong Timur berkapasiti 26 juta liter sehari kini beroperasi sekitar 30% susulan paras intake pada 1.06 meter yang hampir ke tahap amaran, namun situasi masih terkawal dan belum kritikal. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh pengurusan akses bekalan air menerusi pelarasan teknikal melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kahang, LRA Sembrong Timur dan LRA Sembrong Barat bagi memastikan bekalan air kekal stabil.
Pelarasan teknikal melalui sistem ‘interconnection’ ini membolehkan LRA Sembrong Timur mengagihkan air secara strategik dengan sokongan tambahan daripada LRA Kahang dan LRA Sembrong Barat apabila sekitar tujuh hingga lapan juta liter sehari (MLD) dapat disalurkan khusus untuk menampung keperluan penduduk di kawasan Paloh, Chamek dan Nyior.
Sebagai langkah kesiapsiagaan, sebanyak 28,000 karton bekalan air mineral telah diperuntukkan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, jelas YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor.
Agihan tersebut meliputi bekalan air mineral pada 9 Februari lalu, melibatkan sebanyak 10,828 karton di Kluang dan Simpang Renggam diikuti 10,172 karton di Pontian selain tambahan 7,000 karton lagi diagihkan ke Simpang Renggam pada 13 Februari lalu.
Kerajaan Negeri komited memantau situasi semasa dengan penelitian teknikal yang rapi bagi memastikan sebarang pelarasan dapat dilaksanakan secara pantas dan berkesan sekali gus memastikan tiada gangguan besar berlaku walaupun operasi loji berada pada tahap minimum.
Terdahulu, LRA Sembrong Timur yang berkapasiti 26 juta liter sehari kini beroperasi pada kadar sekitar 30 peratus susulan paras ‘intake’ semasa berada pada 1.06 meter, menghampiri tahap amaran, namun keadaan masih terkawal dan belum mencecah paras kritikal.
#JohorSafeZone
#LRASembrongTimur
#CuacaPanas
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


