PENGGIAT SENI USIA EMAS TURUT NIKMATI MANFAAT BKJ

Mohd Jaini Dosnan, 64, tenaga pengajar seni khat seramik yang merupakan antara penerima BKJ RM500 sebagai pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap penggiat seni tempatan di Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan rakyat terus mendapat pembelaan sewajarnya turut diterjemahkan menerusi pemberian insentif Bantuan Kasih Johor (BKJ) termasuk kepada penggiat seni berusia emas di negeri ini.
Bagi Mohd Jaini Dosnan, 64, yang juga tenaga pengajar seni khat pembuatan seramik, beliau juga menjadi antara penerima BKJ yang menerima bantuan insentif berjumlah RM500, sekali gus mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap golongan penggiat seni tempatan di Johor.
Beliau menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Negeri Johor yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan penggiat seni, selain berharap inisiatif seperti BKJ ini akan dapat diteruskan dan diperluaskan agar lebih ramai penggiat seni seperti dirinya akan turut berpeluang menerima manfaat yang sama.
Mohd Jaini yang berasal dari Kluang telah berkecimpung dalam bidang seni khat sejak lebih tiga dekad lalu iaitu sejurus tamat pengajian dalam bidang pembuatan seramik pada tahun 1986, sebelum berkhidmat bersama Johor Corporation (JCORP) dalam bahagian teknikal dan pengurusan pengeluaran.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau tidak hanya terlibat dalam penghasilan karya seni khat, malah sentiasa aktif menyertai pelbagai pertandingan seni khat di peringkat daerah dan Negeri Johor.
Selepas bersara pada tahun 2010, beliau memilih untuk menumpukan sepenuhnya kepada bidang pendidikan seni sebagai tenaga pengajar khat, khususnya melibatkan seni ukiran dan kaligrafi pada medium seramik, kayu dan kanvas.
Sehingga kini, Mohd Jaini telah lebih 15 tahun aktif menyumbang khidmat sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, persatuan serta program anjuran pelbagai pihak di sekitar daerah Johor Bahru.
#JohorSafeZone
#BantuanKasihJohor
#BangsaJohorSejahtera
#PenggiatSeniUsiaEmas
#BKJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



