PENGURUSAN CEKAP, KURANGKAN KERUGIAN
Nilai kerugian disebabkan bencana banjir seluruh negara pada tahun lalu berjaya dikurangkan daripada RM1.03 bilion pada 2022 kepada RM755 juta.
Hasil pengurangan jumlah kerugian tersebut didorong oleh kecekapan semua pihak melalui konsep Pengurangan Risiko Bencana yang menggemblingkan tenaga semua agensi berkaitan.
Penglibatan semua pihak serta penyelarasan yang betul membolehkan gerak kerja pengurusan bencana berjalan lancar sekali gus mengurangkan kerugian serta menjadikan Malaysia negara berdaya tahan krisis tersebut.
Bagi meneruskan kesinambungan pengurusan bencana yang berkesan, Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) akan dibina di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan, Batu Pahat manakala Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi menjadi PPKB pertama dan sedia untuk digunakan menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Terdahulu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri hadir merasmikan Majlis Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2024 di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya Kota Tinggi, Johor.
Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor