PERDANA MENTERI IKTIRAF KOMITMEN JOHOR PERKASA BELIA

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hadir menyempurnakan perasmian Program MADANI Rakyat (PMR) Tahun 2025 Peringkat Negeri Johor berlangsung selama tiga hari di Toppen Shopping Centre. | Foto MDJ Wira Anggara
#JohorBahru – Kesungguhan Kerajaan Negeri memperkasa belia seterusnya mengangkat martabat Johor sebagai negeri maju serta berdaya saing menerusi pelbagai usaha mendapat pengiktirafan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Komitmen itu merupakan elemen penting mencorak masa hadapan orang muda di negeri ini, bukan sahaja melalui membuka peluang pekerjaan bergaji setimpal malah akses perumahan mampu milik, pendidikan berkualiti dan perkhidmatan kesihatan holistik.
Pengiktirafan tersebut turut dikaitkan dengan potensi besar negara untuk muncul sebagai hab semikonduktor di rantau ini apabila tiga syarikat utama dunia menyatakan komitmen bertapak di Malaysia yang bakal membuka peluang besar kepada belia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
Selain itu, Perdana Menteri berkeyakinan dengan potensi dimiliki Orang Muda Johor yang sinonim dengan semangat Bangsa Johor dan menyeru generasi muda di negeri ini tidak melupakan tanggungjawab besar untuk bersama membina masa depan negara lebih gagah serta berprinsip.
Terdahulu, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hadir menyempurnakan perasmian Program MADANI Rakyat (PMR) Tahun 2025 Peringkat Negeri Johor berlangsung selama tiga hari di Toppen Shopping Centre, hari ini.
Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
#MadaniRakyat
#OrangMudaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor