PIJ-UTHM PERKUKUH JALINAN DAN KERJASAMA STRATEGIK


Perbadanan Islam Johor menyerahkan bantuan mesin cetak kepada pelajar IPTA kelahiran Negeri Johor. | Foto Perbadanan Islam Johor

 

Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan; penerbitan; perundingan; pembangunan kerjaya; khidmat sosial serta inisiatif perkongsian program pemacuan sosio ekonomi.

 

Kerjasama untuk tempoh tiga tahun itu merupakan kesinambungan daripada jalinan antara PIJ dan UTHM sejak 2020 menerusi pelaksanaan inisiatif antaranya Program Bantuan Amal Jariah dan Bantuan Mesin Cetak kepada pelajar IPTA kelahiran Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor