PIZA KAYU API GAMIT SELERA NUSANTARA


Mohd Shahril Aman, 47, menampilkan pelbagai variasi rasa lokal dan nusantara yang mengangkat nama Qulai Pizza bukan sahaja dikenali sekitar Kulai, malah Negeri Johor amnya. | Foto MDJ Bayu Wira Anggara.

 

Keenakan rasa dengan tekstur doh yang lembut selain aroma memukau piza dibakar menggunakan kayu api menggamit selera sesiapa sahaja terutama sajian berasal dari Itali ini.

 

Hidangan yang diusahakan Mohd Shahril Aman, 47, menampilkan pelbagai variasi rasa lokal dan nusantara yang mengangkat nama Qulai Pizza bukan sahaja dikenali sekitar Kulai, malah Negeri Johor amnya.

 

Malah perniagaan Qulai Pizza juga membuka ruang kepadanya saling berkongsi rezeki dengan penduduk Kampung Pertanian, Kulai selain menyediakan peluang pekerjaan untuk remaja lepasan sekolah.

 

Bekas Naib Presiden (Modal Insan) Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) itu memasang impian mengangkat daerah Kulai dalam bidang kulinari di negeri ini, melalui perniagaan diusahakan.

 

Pelbagai rancangan turut direncanakan untuk mempopularkan lagi piza kayu api diusahakan bagi membuka peluang menjana pendapatan dalam kalangan penduduk setempat.

 

Meskipun tidak berpengalaman sebagai cef, ketekunan mempelajari pembuatan piza dengan teknik pembakaran yang unik secara dalam talian itu membawa kepada kejayaan perniagaan diusahakan.

 

Bermula dengan tiga perisa pada awalnya, kini Qulai Pizza mempunyai pelbagai perisa antaranya kacang pool, pasta, asam pedas Muar, rendang ayam, sambal bilik serta perisa khas iaitu Qulai Signature.

 

Qulai Pizza 2023,
Jalan Manggis,
Kampung Pertanian,
81000, Kulai

Waktu operasi:
Jam 2.00 petang hingga 10.30 malam
Tutup setiap hari Isnin

 

#SantaiMDJ
#SahihTepatPantas
#MediaDigitalJohor
#MajuJohor