PROGRAM BICARA EKSEKUTIF KESELAMATAN NEGARA NEGERI JOHOR: OP DAULAT


Program khas Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Negeri Johor: Op Daulat disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Salehuddin Hassan selaku wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani. | Foto MDJ, Wira Anggara

 

Bertujuan memberikan perkongsian dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan Lahad Datu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor menganjurkan Program khas Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Negeri Johor: Op Daulat.

 

Berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, program ini disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Salehuddin Hassan selaku wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani.

 

Setiausaha Kerajaan Johor dalam amanatnya menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas komitmen menjaga keselamatan dan melancarkan aliran keluar masuk sempadan di negeri ini.

 

Turut diadakan tayangan video Misi ‘Kubur’ Militan Sulu : 10 Dekad Tragedi Lahad Datu dan Sesi Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Negeri Johor Tahun 2023 : Op Daulat.

 

Tiga panelis ditampilkan dalam sesi berkenaan iaitu mantan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun; mantan Pegawai Memerintah 7 RAMD, Brigedier Jeneral Mohd Shauari Mat Piah serta Pakar Patologi, Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Dr. Mohamad Aznool Haidy Ahsorori.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor