PTP TERIMA PENGIKTIRAFAN PENTADBIRAN TERMINAL PEMINDAHAN TERBAIK


Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dinobatkan sebagai Pentadbiran Terminal Pemindahan Terbaik daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Pentadbiran Terminal Pemindahan Terbaik daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah 2023 (KITA 2023).

 

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang hadir menyempurnakan perasmian KITA 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 16 Oktober lalu. Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

 

Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh menyifatkan pengiktirafan berkenaan menterjemahkan komitmen dan usaha berterusan pelabuhan itu dalam mengangkat piawaian integriti tertinggi dalam urusan perniagaannya serta pemupukan budaya tempat kerja yang positif di semua peringkat.

 

Selain itu, PTP juga percaya usaha memerangi rasuah bukan sekadar kewajiban undang-undang malah imperatif moral yang selari dengan Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) diluncurkan pada Mac lalu, jelas Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen.

 

Untuk rekod, PTP merupakan hab pemindahan penghantaran tersibuk di negara ini, dengan kapasiti pengendalian 13 juta TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) setiap tahun, dan kini berada di kedudukan ke-15 sebagai pelabuhan kontena terkemuka di dunia.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor