SEMANGAT ‘RIDER’ SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN


Semangat kemerdekaan bukan hanya untuk penjawat awam atau badan bukan kerajaan, tetapi turut disemarakkan oleh komuniti p-hailing yang menjadi agen menyemarakkan patriotisme kepada masyarakat. | Foto Jabatan Penerangan Negeri Johor.

 

Kakitangan syarikat p-hailing memainkan peranan sebagai ‘duta kecil’ bagi menerap dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024.
Semangat kemerdekaan bukan hanya untuk penjawat awam atau badan bukan kerajaan, tetapi turut disemarakkan oleh komuniti p-hailing yang menjadi agen menyemarakkan patriotisme kepada masyarakat.
Pengurus Foodpanda Cawangan Selatan, Mohd Faizal Rahmat, 39, mengambil inisiatif memasang bendera pada beg penghantaran makanan dan motosikal bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan seterusnya menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Semangat kumpulan penghantar makanan ini secara tidak langsung menjadikan mereka duta kecil menyemai sifat positif menyebarkan mesej perpaduan, khususnya kepada Bangsa Johor sebagai cara memupuk semangat cintakan negeri dan negara.
Sementara itu, pemandu Grab Malaysia Wilayah Selatan, Taufek Hadi, 37, turut menyeru semua individu agar memeriahkan sambutan bulan kebangsaan dengan memasang Jalur Gemilang bukan hanya di kenderaan tetapi di mana-mana tempat yang sesuai.
Beliau percaya usaha kecil ini mampu mencetuskan semangat cintakan tanah air dan mengukuhkan jati diri masyarakat sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dalam setiap lapisan masyarakat.
Justeru, semangat cintakan tanah air seharusnya disemai dalam setiap lapisan masyarakat dan bukannya terletak di bahu komuniti p-hailing sahaja agar roh bulan kebangsaan dapat dihayati oleh rakyat Malaysia.