SPEAKER DEWAN NEGERI JOHOR RAKAM RASA SEDIH


Datuk Seri Salahuddin Ayub telah kembali ke Rahmatullah jam 9.23 malam tadi.

 

ISKANDAR PUTERI — Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menitipkan doa dan ucapan takziah atas kepulangan Datuk Seri Salahuddin Ayub ke Rahmatullah, sebentar tadi.

 

Beliau turut merakamkan rasa sedih atas pemergian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Pulai serta ADUN Simpang Jeram itu.

 

“Al-Fatihah dan takziah. Selaku Speaker Dewan Negeri Johor saya merakamkan rasa sedih di atas pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, ADUN Simpang Jeram, Muar, Johor sebentar tadi.

 

“Saya mendoakan rohnya dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah. Beliau adalah sahabat perjuangan sejak sekian lama,” kata beliau menerusi siaran dimuat naik dalam Facebooknya, pada Ahad.

 

Mohd Puad berkata, Salahuddin sebelum ini beberapa kali berkunjung ke pejabatnya jika Dewan Negeri Johor bersidang.

 

Terdahulu, media melaporkan Salahuddin menghembus nafas terakhirnyua di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, jam 9.23 malam, sebentar tadi.

 

Jenazah Allahyarham kini sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat, Tanjung Piai.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor