SSPA TINGKAT PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM


Majlis Menandatangani Tawaran Opsyen SSPM yang didahului oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. | Foto MDJ Bayu Wira

 

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diyakini mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Johor selain menjaga kesejahteraan penjawat awam melalui pemberian ganjaran berasaskan prestasi serta tatakelakuan.

 

Keyakinan tersebut dizahirkan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor yang turut menyeru ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri menandatangani opsyen SSPA sebagai galakan dan motivasi kepada pegawai mahupun kakitangan sokongan berbuat demikian sebelum 30 November depan.

 

Terdahulu, berlangsungnya Majlis Menandatangani Tawaran Opsyen SSPA yang didahului oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, hari ini.

 

Turut menandatangani opsyen SSPA adalah YB Dato’ Asman Shah Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan); YBhg. Hajah Shubanah Yusuf, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek Dan Kesejahteraan Rakyat) serta YBhg. Tuan Haji Mohammed Shakib Ali, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor.

 

Kesemua barisan pegawai-pegawai kanan menandatangani opsyen SSPA juga menzahirkan sokongan terhadap inisiatif bagi meningkatkan mutu kerja dan membolehkan penjawat awam menikmati pelarasan gaji baharu, pemantapan skim saraan serta penambahbaikan laluan kerjaya.

 

Pelaksanaan SSPA berkuatkuasa 1 Disember ini telah diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada Malis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA) pada Ogos lalu bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor