SUKARELAWAN SV DITEMPATKAN DI HSA, HSI BANTU PETUGAS KESIHATAN

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Mesin Echocardiography oleh Ikbal Salam & Associates di Wad Kardiotorasik, HSI Johor Bahru. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Kerajaan Negeri bersedia menggerakkan sukarelawan Southern Volunteers (SV) untuk membantu petugas kesihatan bagi mengatasi isu kesesakan di dua hospital utama iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

 

Langkah penyelesaian jangka pendek itu diambil susulan pertemuan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan untuk memperkukuhkan sistem kesihatan termasuk mengisi kekosongan jawatan kritikal, pada minggu lalu.

 

Bagi fasa pertama, seramai 100 sukarelawan SV dijangka bakal ditempatkan di HSA dan HSI untuk membantu mengatasi isu kekurangan petugas kesihatan sementara menunggu pengisian 4,600 pelbagai jawatan diperlukan di Johor yang akan diselesaikan secara berfasa dalam tempoh tiga bulan.

 

Sukarelawan SV juga akan menjalani kursus selama seminggu sebelum mula bertugas dalam masa terdekat dengan membantu menjalankan tugas pentadbiran, mendaftar dan menghantar pesakit ke bilik rawatan sekali gus meringankan beban petugas kesihatan sedia ada.

 

Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Mesin Echocardiography oleh Ikbal Salam & Associates di Wad Kardiotorasik, HSI Johor Bahru, hari ini.

 

#PerkhidmatanKesihatan
#SistemKesihatanJohor
#SouthernVolunteers
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor