SV PRIHATIN SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN SEMPENA JOJ @ TANJUNG SURAT

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyantuni penerima bantuan bagi Program Ziarah Kasih dan SV Prihatin di Kampung Baru Pasir Gogok, Pengerang. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#KotaTinggi – Semangat kesukarelawan yang tinggi di samping kesungguhan membantu masyarakat di negeri ini menjadi kunci utama kepada Southern Volunteer dalam membantu Bangsa Johor dalam apa jua situasi.
Perkara itu diterjemahkan oleh pasukan SV menerusi Southern Volunteers Prihatin @ Bangsa Johor yang dilaksanakan sempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ) Tanjung Surat yang berlangsung mulai kelmarin hingga 7 Jun ini di Dataran FELDA Tunggal.
Keprihatinan berterusan terhadap komuniti setempat telah dijayakan melalui Southern Volunteers (SV) Prihatin @ Bangsa Johor bersempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ) Tanjung Surat yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Felda Tunggal, Kota Tinggi.
Menerusi program ini, sukarelawan SV berganding bahu untuk bersama-sama bergotong royong membaiki beberapa rumah penduduk di beberapa kawasan di sekitar kawasan Dewan Negeri Johor (DUN) Tanjung Surat.
Bagi Amnah Ibrahim, 72, memanjatkan rasa syukur dan gembira selepas kediamannya di Kampung Baru Pasir Gogok menerima bantuan mengecat rumah, sekali gus memberikan nafas baharu kepada suasana rumahnya.
Kerja-kerja mengecat rumah turut dibantu oleh Mahasiswa Johor dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui gabungan Program Iskandar On Tour 7.0 bersama sukarelawan SV ini jelas menonjolkan semangat kesukarelawanan Orang Muda Johor dalam berbakti kepada komuniti setempat.
Sebelum ini, beliau juga turut menerima sumbangan baik pulih dan kelengkapan rumah di bawah Program Ambil Tahu Ambil Peduli (ATAP) pada tahun 2024 yang disumbangkan oleh YB Dato’ Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) yang juga Ahli Parlimen Pengerang.
Sementara itu, Norashikin Daud, 51, menyifatkan bantuan baik pulih pintu rumah serta sumbangan tikar yang diterima amat bermakna demi keselesaan dan keselamatan keluarga. Di samping itu, barangan dapur yang disumbangkan sedikit sebanyak dapat meringankan perbelanjaan dapur harian mereka.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyantuni penerima bantuan bagi Program Ziarah Kasih dan SV Prihatin di Kampung Baru Pasir Gogok, Pengerang semalam.
#JohorSafeZone
#SVPrihatin
#DUNTanjungSurat
#JOJTanjungSurat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



